
aku memuja bukan kerana cinta, tapi kerana dia mampu menjadi sesuatu yang aku hanya mampu berimaginasi
aku teringin memegang kanvas bermain warna
aku teringin menjadi dia dengan muzik gila
tapi semuanya aku kuburkan sebab pandangan yang satu arah
dan melihat seseorang memakai mimpi aku, membuat aku terus teruja
dan terus berimaginasi yang mungkin ada yang memuja aku jika aku sebetulnya menjadi dia.
dia lelaki.
lelaki tahun dulu mungkin boleh dibanggakan
tapi lelaki tahun aku mampu memporak perandakan
lelaki tahun dulu mungkin menjadi tauladan
tapi lelaki tahun aku mampu membinasakan
dan malang sekali lagi, keadaan aku tetap malang
malang bukan kerana nasib
malang karna aku yang memilih untuk melihat seperti itu.
0 comments:
Post a Comment